APA ITU HIBAH DAN KELEBIHAN HIBAH
Hibah bermakna hadiah; memberikan penyelesaian yang baik bagi masalah pembahagian pusaka. Cuma perlaksanaan Hibah mestilah dilakukan semasa hidup
Ada 2 jenis Hibah:
1. Hibah mutlak
Pemberian harta mesti dilakukan serta merta.
Situasi 1:
Suami memberikan hibah sebuah Iphone kepada Isteri.
Iphone sudah menjadi hak milik isteri. Tak perlu di masukkan sebagai harta pusaka.
Situasi 2:
Suami memberikan hibah sebuah rumah kepada Anak.
Geran rumah mestilah ditukarkan nama kepada nama Anak sebagai bukti pemberian hibah adalah sah.
Cuma pertikaian berlaku apabila *pemberi* hibah memberikan hibah dengan niat untuk kegunaan setelah meninggal tetapi *penerima* hibah tidak menjalankan seperti yang dirancang.
2. Hibah bersyarat.
Perlaksanaan hibah berlaku mengikut syarat yang ditetapkan melalui kontrak sah.
Boleh dilaksanakan melalui Pemegang Amanah dengan meletakkan syarat-syarat untuk menerima hibah.
Boleh juga dilaksanakan melalui Hibah Takaful cuma syaratnya adalah mati.
Hibah kepada Pemegang Amanah boleh dilakukan untuk harta-harta tidak alih (rumah, tanah dsb). Digalakkan harta tersebut mestilah sudah dimiliki bukan lagi didalam hutang bank.
Namun ada sesetengah Pemegang Amanah yang menyatakan harta dalam hutang juga boleh untuk dihibahkan. Ini masih lagi diragui.
Hibah takaful pula fokus kepada harta berbentuk wang tunai kepada penerima hibah.
Semoga bermanfaat.
P.s: Adakah hibah takaful yang terbaik? Bergantung pada situasi dan kehendak.
Hibah takaful sangat membantu untuk kelansungan hidup dan penyelesaian kos-kos pengurusan pusaka.
Klik sini jika nak tahu tentang hibah
http://www.wasap.my/60135610851/HIBAHTAKAFUL
Gambar di atas adalah ringkasan penerangan tentang bagaimana Hibah Takaful berfungsi.
Hibah Takaful adalah pampasan kematian di dalam plan takaful yang diberikan kepada orang tersayang. Melalui Hibah Takaful, waris atau penerima hibah tidak perlu melalui proses pengurusan pusaka yang rumit dan panjang. Harta yang telah dihibahkan akan dikecualikan daripada proses pengurusan pusaka dan tidak boleh dituntut oleh orang lain walaupun waris berhak.
Hibah Takaful membantu waris mendapatkan harta tunai yang cepat bagi tujuan kelansungan hidup ahli keluarga.
Kenapa Anda Perlukan Hibah Takaful?
1. Penerima Hibah Takaful adalah pemilik harta mutlak
Penerima hibah adalah pemilik mutlak kepada wang pampasan kematian takaful tersebut. Secara tidak lansung akan mengelakkan masalah pertelingkahan antara waris akibat berebut harta. Hibah Takaful adalah dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013, Jadual 10)
2. Tiada syarat untuk menjadi penama
Hibah Takaful tidak mengenakan syarat khas sebagai penama. Sesiapa sahaja layak untuk dijadikan penerima hibah. Oleh sebab yang demikian Mualaf, Anak Angkat, Ibu Tunggal digalakkan untuk mengambil hibah.
3. Wang segera untuk meneruskan hidup setelah ketiadaan pencari rezeki
Hanya 10.8% sahaja rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar mempunyai simpanan yang cukup untuk meneruskan kehidupan sedia ada. (The Star,2016)
Bayangkan setelah anda tiada, bagaimana dengan masa depan keluarga anda?
4. Persedian untuk musibah
Berdasarkan Singapore Medical Journal, 2015; pesakit bersama ahli keluarga mereka terpaksa menghabiskan hampir 40% daripada hsail pendapatan mereka untuk membiayai kos rawatan pesakit luar untuk rawatan rehabilitasi penyakit Stroke
Ya, medical card anda akan membayar kos rawatan di hospital tetapi itu hanya sebahagian kecil daripada kos keseluruhan sakit kritikal. Pernah kah anda terfikir akan jumlah kos-kos sampingan dan susulan?
5. Bantuan kewangan untuk menyelesaikan kos pengurusan pusaka.
Kos pengurusan pusaka boleh mengganggu dan melambatkan proses pembahagiqn harta pusaka. Kos-kos ini mampu mencecah puluhan ribuan ringgit.
Siapakah yang mampu mengeluarkan kos sebanyak itu?
2020 ni banyak peristiwa yang berlaku menyedarkan kita tentang kepentingan takaful
Kes Influenza A.
Sampai beratur di klinik nak cucuk vaksin.
Kes kematian arwah artis terkenal tanah air yang masih muda dan sedang meningkat naik. Ayah kepada keluarga muda, anak masih kecil.
Kes harta arwah artis tersebut pula.
Viral sana sini, terjah sana sini
Dan kemuncak peristiwa pada tahun 2020 ini adalah kes COVID 19.
Hospital Kerajaan penuh dengan kes kuarantin COVID 19 sehingga Kerajaan sendiri menasihatkan untuk ke Hospital Swasta untuk dapatkan rawatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Tak cukup dengan itu.
RAMAI YANG BAKAL DIBERHENTIKAN KERJA!
Secara tak lansung, manfaat insurans/takaful yang disediakan majikan juga turut lupus.
Belajar dari pengalaman orang lain.
Bertindaklah sekarang!
PM SY REENANAWAWI AGEN SAH ZURICH TAKAFUL
http://www.wasap.my/60135610851/HIBAHTAKAFUL
Comments
Post a Comment